Hanya seorang ibu yang memahami keadaan ini kan ? Anak-anak kecil kita memang tak boleh hilang kita sekejap, bukan seminit . sesaat pun dia akan menangis .Adakala dia pegang baju kita seperti tak nak lepas lepas . Pernah juga dengar perkongsian rakan-rakan aizah, nak kencing berak pun payah.
tapi ibu-ibu, nikmatilah kepitan kepitan anak kecil ni dengan kita. kita rasa seperti dihargai sangat-sangat kan. tiada je kita terus cari kita . sentiasa nak dengan kita. Sebab anak kecil kita tahu dengan ibu adalah paling selamat. In Shaa Allah.

Mengikut istilah kesihatan, Masalah ini sebagai ” separation anxiety”. tak nak berengang dengan ibu ini boleh berlaku pada bayi bermula 7 bulan, seterusnya pada bayi 10 ke 18 bulan. tapi ada juga sesetengahnya sehingga peringkat kanak-kanak.

Keadaan ini terjadi disebabkan hubungan emotional yang begitu rapat dan erat kita sebagai ibu dan juga anak kita.Bayi kita mudah dan cepat rasa rindu dan terasa kehilangan bila kita tiada di hadapan matanya.

anak aizah yang ketiga ini memang sangat-sangat tak boleh hilang aizah. kadangkala nak masak pun dia menangis.padahal ibu kedapur sahaja. Ada hari dengan abah pun tak nak . Dengan orang lain apatah lagi baru nak try ambil memang nangis seperti sakit-sakit. hehehe. kalau aizah bagi talk business dekat stage pun sambil dukung anak aizah ni tau. bermaknya sungguh kita pada dia kan.. Alhamdulillah . Ada anak kecil tidak menghalang untuk kita aktif berniaga. Aizah juga resigned dari kerja office untuk jaga anak anak dirumah dan berbisnes. Alhamdulillah.
Nak tahu bisnes apa yang aizah buat ? klik sini

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, termasuk Aizah Azlem, orang berdiri

Jadi aizah nak share beberapa tips yang boleh kita lakukan supaya dia ralit atau boleh ditinggalkan sekejap tanpa tangisan:-
kita bukan nak dia berjauhan dengan kita tau . jangan salah faham . cuma kita juga ajar supaya nak duduk seketika semasa kita nak memasak , nak membaung dan nak mandi.. hehehhe

  1. Jangan ada paksaan – jangan terlalu memaksa kita dan bayi kita berjauhan. Banyakkan bersabar jika rasa terlalu penat . ingatlah kita sangat bermakna bagi anak kita. Bila anak tidur gunakan sedikit waktu untuk bertenang dan stabilkan emosi kita.
  2. Tidur – Adakala bila kita ingat bayi kita sudah lena tidur tetapi bila kita bangun dia mula menangis dan pegang baju. Cuba kita dodoikan lama sedikit . bila tengok bayi tidur , jangan terus tinggalkan tetapi tepuk-tepuk dahulu biar dia betul-betul lena.
  3. Mulakan langkah mudah untuk tinggal sendirian seketika. apa yang kita boleh buat adalah pujuk dahulu bagi barang mainan. bermain mainan bersama-sama sehingga dia ralit bermain. baru slow slow kita tingalkan seketika dan dari jauh kita bermain atau menyanyi lagu atau apa sahaja yang boleh membautkan bayi kita rasa tidak keseorangan.
  4. Tingalkan seketika , kita boleh cuba tinggalkan seketika pada suami . Pada permulaannya mungkin anak kita akan menangis dan tidak selesa . tetapi suami boleh berikan barang mainan dan main bersama-sama pada awalnya supaya dia rasa happy dan selesa dengan ayahnya sendiri.

Semasa pulang ke kampung tempoh hari memang payah juga untuk bayi sesuaikan diri . atok dan nenek nak ambil pun tak nak , sedih juga kita kan . parents berharap nak bermain dengan cucu. jadi aizah buat tips yang ke 3 kat atas . Alhamdulillah dia rasa selesa dan boleh juga tinggal seketika . tetapi jangan pula kita saje menempel-nempel depan mata dia . sure dia lari kejar kita balik .

jadi ibu-ibu , nikmatilah waktu waktu anak tak boleh berpisah dengan kita ni. Subhanallah getaran jiwa kita ibu ni rapat sangat dengan bayi kita.

pernahkan terbaca . Pecakapan bayi dengan Allah sebelum ia di lahirkan didunia ?
secara ringkasnya macam ni :-

bayi bertanya ” bagaimana dia akan hidup didunia , dia kecil dan lemah:
jawap Allah : ” Aku akan memilih malaikat untukmu dia akan menjaga dan mengasihani mu , bernyanyi untuk mu , menjagamu , Dan kamu akan rasa bahagia dan kehangatan cinta”
bayi : Siapakah dia ?
Jawap Allah : Kamu akan memangilnya I.B.U

Jadi Dari kandungan lagi kitalah ratu baginya .

Alhamdulillah syukurkan 🙂

Uncategorized

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge