Assalamualaikum semua, nampak macam mudah sahaja, tetapi sebenarnya kita perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya botol susu anak-anak kita tidak dijangkiti kuman yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Tidak dinafikan, ada dikalangan kita masih tidak tahu langkah-langkah pembersihan botol yang betul.tidak kata orang lain ,saya sendiri pada mulanya kurang tahu dan bila sahaja dapat tahu, rasa menyesal pun ada , kenapa dari dulu tidak pernah terfikir yang mencari cara-cara yang betul dan rasa lagi bersalah sebab cara saya mencuci botol ada yang tidak lengkap. Jadi rasa terpanggil untuk kongsi demi kebaikan anak-anak kita semua. semoga membesar dengan sihat. In Shaa Allah.

Apa yang sering sesetengah orang lakukan ialah :- 

1)  Kesilapan Membasuh Botol 1 : Tidak membasuh botol dengan segera

Selepas menggunakan botol susu, kita tidak terus membasuhnya. Sesetengah dari kita , setelah anak minum susu kita hanya biarkan sehingga anak kita ingin minum susu seterusnya. Bila kita biarkan dalam jangka masa yang panjang , susu yang basi akan melekat di botol.

2) Kesilapan Membasuh Botol 2 : Tidak membuka Bahagian-bahgian botol susu.

Ramai yang mengabaikan membuka setiap bahagian yang boleh dibuka ketika ingin membasuhnya.Ada sesetengahnya kerana hanya ingin membilas sebab tadi dah basuh, jadi basuh tanpa buka puting contohnya . bila kita tidak membuka semua tempat yang boleh kita buka, mungkin susu-susu basi masih terlekat tanpa kita sedari dan dengan susu basi tersebut kita tambah dengan susu baru. ini akan menyebarkan kuman pada bayi kita.

3) Kesilapan Membasuh Botol 3 : Tidak basuh menggunakan air panas

kadang-kadang ramai saja yang abaikan , basuh botol yang baru dibeli denganair paip biasa dan tanpa menggunakan air panas.

4) Kesilapan Membasuh Botol 4 : Menggunakan Sabun yang tidak sesuai

Penggunaan sabun juga amat perlu diambil berat, supaya botol anak kita tidak melekat bahan-bahan kimia yang merbahaya pada bayi.

5) Kesilapan Membasuh Botol 5 : Tidak Membasuh Singki 

Ada sesetengahnya, hanya biarkan sahaja barang-barang dalam singki contohnya pinggan magkuk tanpa di cuci dan seterusnya membasuh botol susu anak.Ini mungkin akan dijangkiti bakteria dan kuman daripada barang-barang terbiar tersebut.

6) Kesilapan Membasuh Botol 6: Botol Yang Basah 

Ketika botol masih basah, dan tanpa pengeringan atau lap botol sehingga kering , kita sudah menggunakannya. Hal ini untuk menghalang air mentah atau air paip yang melekat dibotol tadi termasuk dalam susu yang kita bancuh.

Bila kita perhatikan kesilapan di atas , cuba kita ingat balik pernah tak kita lakukannya? jika jawapanyanya YA , jom kita ubahkan kepada langkah-langkah yang betul untuk melindungi anak-anak kita.

Bagaimana langkah-langkah yang perlu kita ikuti ? 

Jom teruskan pembacaan.

1) Basuh Botol Segera selepas digunakan:-

  • Mencegah susu basi terakumulasi didalam botol
  • Basuh Botol guna air panas untuk lebih efektif

2) Kumpulkan bahan-bahan untuk mencuci

Semasa membasuh botol, menggunakan barang yang tepat amat membantu proses membasuh dengan baik.

Apa yang kita perlu ketika membasuh botol ialah :- 

  • Pemberus botol besar dan kecil , ini untuk membantu kita mencuci bahagian-bahagian yang kecil dengan mudah dan bersih. 
  • Cairan atau sabun pencuci yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia dan tidak meninggalkan sisa-sisa sabun di dalam botol. sabun yang saya sering gunakan ialah seperti pencuci didalam video ini. amat bagus sekali.

3) Bersihkan Singki Terlebih dahulu

Sebelum kita mencuci botol susu, harus kiranya mencuci singki terlebih dahulu , jangan mencuci botol susu jika terdapat banyak pinggan magkuk dan sisa-sisa di dalam singki.Ini kerana, untuk mengelakkan bakteria dan kuman berpindah pada botol susu anak kita. Boleh juga kita tuang air panas selepas mencucinya singki. 

4) Buka Bahagian-bahagian botol.

Sebelum memulakan membasuh , kita perlu membuka setiap bahagian yang boelh kita asingkan. Botol , puting , tempat puting , tudung dan ada sesetengah botol boleh buka penutup bawah botol tu. sila buka juga . Jika kita tidak membuka setiap bahagian itu, di khuatiri susu basi masih melekat dan tumbuhnya bakteria. 

Seterusnya, bolehlah kita masukkan kedalam air sabun panas dan mencucinya dengan pencuci dan pemberus yang sesuai seperti no 2 diatas,

5) Menstrilkan Botol.

Ada sesetengah pendapat , Botol susu anak tidak perlu di stril kerap kali atau setiap kali penggunaan.   

Menurut Akademi Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics), mencuci botol dengan air sabun yang hangat cukup efektif untuk membersihkannya—selama air tersebut aman untuk diminum. Namun demikian, mensterilkan botol baru sebelum digunakan untuk pertama kali, dan mensterilkan botol yang telah dicuci dengan air secara benar setiap kali selesai digunakan adalah penting.

6) Biarkan Botol Betul-betul kering 

Pastikan kita keringkan botol-botol di tempat yang baik dan tidak lembap kerana jika ada yang lembap ini akan membantu bakteria mungkin. sebelum menggunakan juga pastikan botol itu kering ya . 

7) Cuci Tangan

selepas mencuci botol, kita perlu mencuci tangan kita dan selepas membancuh susu juga perlu iaitu sebelum kita memberi susu dengan botol tersebut. 

Kebersihan amat penting dalam menguruskan bayi kita , jangan abaikan kebersihan dan juga amat penting dan perlu kita menggunakan bahan pencuci tanpa kimia untuk mencuci botol-botol bayi kita supaya bayi kita dihindari daripada sebarang masalah kesihatan.

Dalam usaha itu , saya amat cadangkan penggunaa sabun atau pencuci biasa kepada pencuci tanpa bahan kimia seperti Basic H untuk kegunaan 6 bulan ke atas ataupun Hand Dish Wash untuk kegunaan 5 bulan ke atas ini . Kenapa perlunya Basic H atau  Hand Dish Wash ni? kerana ia tanpa bahan kimia , selamat di gunakan untuk mencuci botol susu anak dan sebagainya. In Shaa Allah. saya juga pengguna tegar.

 Basic H, pencuci tanpa bahan kimia

Atau Terus hubungi Saya :- 

                                                    CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge