Ketahui Simptom Dan Cara Atasi Peranakan Jatuh Sebelum Lebih Parah

Assalamualaikum semua wanita-wanita. semoga kita didalam lindungan Allah. In Shaa Allah.

Kita sebagai wanita banyak benda yang perlu kita titik beratkan bukan sahaja luaran malah juga dalaman kita. Peranakan atau rahim jatuh ini, bukan perkara remeh tetapi ini amat serius yang perlu kita ambil berat dan penjagaan rapi.

Masalah Peranakan atau rahim jatuh memang menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita lagi-lagi selepas bersalin,Sebab itulah orang tua kita amat menjaga amalan berpantang,tidak boleh itu dan tidak boleh ini.Kalau tersalah langkah takut terkesan pada masa hadapan. 

Orang-orang tua gelarkan peranakan /rahim jatuh ini sebagai tombong.

Siapakah yang berisiko alami Peranakan Jatuh ?

1. Proses kehamilan

2. Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum

3. Kongenital/baka

4. Obesiti

5. Merokok

5. Pembedahan histerektomi (buang rahim)

6. Menopaus

7. Lanjut usia

Simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut;

1. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.

2. terasa nak buang air kecil dengan kerap.

3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.

4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal.

5. cepat rasa penat kalau buat kerja.

6. peha dan betis rasa kebas-kebas.

Bagaimana kita nak tahu Peranakan / rahim kita bebetul jatuh ? 

Jom Ikut langkah-langkah di bawah :- 

Langkah 1

—– Langkah 1 ini adalah untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja ya 🙂 

1) Duduk mencangkung 

2) Masukkan jari tengah ke dalam faraj kita sehingga ruas ke tiga

3) Bila masukkan jari dan tidak boleh sampai ke ruas 3, cek kan adakah kita rasa seperti bebola di dalam faraj . 

3) Jika Ya , Dapatkan rawatan Segera.

Langkah 2

1. baring lurus. jangan gunakan bantal.

2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.

3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.

4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.

5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.

6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.

7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm… peranakan anda dan jatuh..

Kesan Yang kita alami jika Peranakan/ Rahim jatuh :-

1. Sakit perut yang luar biasa.

2. Keluar cecair dari rahim.

3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.

4. Sakit pada ari-ari.

5. Sakit pada dinding faraj.

6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.ini pun salah 1 merunsingkan jika suami anda tidak puas bila bersama.

7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.

8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Langkah-langkah membetulkan peranakan yang jatuh.

1. baring lurus. jangan gunakan bantal.

2. elok baring dengan posisi tapak kaki boleh jejak dinding.

3. mulakan urutan sendiri sesedap rasa.

4. bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas tundun ke sebelah atas ( ke arah pusat).

5. buat langkah 4 beberapa kali. kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.

6. rehat seketika sebelum bangun.

7.Selain itu kita juga boleh membuat senaman kagel 

8. Jika kita selepas bersalin , elakkan sembelit , elakan meneran semasa membuang air besar . 

Tapi Di Nasihatkan lebih baik kita mencari bidan yang pakar dalam masalah ini untuk kembalikan peranakan kita dalam keadaan normal.Saya pernah berurut untuk naikkan peranakan, Bidan akan urut sengkang peranakan/rahim memang sakitlah sikit tu. Dan pesan saya jangan takut pergi ke hospital untuk membuat rawatan lanjut, lagi-lagi jika sudah terkeluar daripada faraj. bahaya tu !


     JIKA TIDAK DI RAWAT SEGERA  ADA YANG TERPAKSA MEMBUAT PEMBEDAHAN .

Image result for pembedahan rahim jatuh

Cadangan aizah sebelum peranakan kita lebih parah , amat mencadangkan untuk menaikan kembali rahim kita ni,  untuk set premium kita boleh amalkan vivix , ESP shaklee, vitamin E dan Alfalfa Shaklee .  manakala untuk set asas ESP, Alfalfa dan Vitamin E 

Pengalaman Aizah sendiri , pernah alami Masalah peranakan jatuh selepas bersalinkan anak kedua. masa tu memang buntu fikirkan , memang nampak dah terkeluar sedikit. makan pun tak selera sangat sebab stress fikir . tapi Alhamdulillah sekarang aizah dah ok dengan amalkan teknik yang betul untuk naikkan peranakan aizah . selain mengurut tu wajib aizah ambil set peranakan shaklee untuk menguatkan peranakan / rahim kita dari dalaman bukan sahaja untuk luaran.  

Jadi aizah pun nak bantu insan-insan lain yang alami masalah peranakan jatuh seperti aizah . kerana aizah faham sangat ketakutan dan kerisauan yang di alami. sebab aizah dah rasainya .


Alhamdulillah sudah ramai yang aizah bantu dengan set rahim lemah ini dan dapat feedback yang mengembirakan . 

Anda juga berhak memilikinya demi aset terpenting kita sebagai wanita.

Akhir kata, jagalah kesihatan kita , kerana diri kita amat berharga.


Hubungi saya untuk membantu anda :-

untuk pesanan boleh hubungi saya

  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031

FANPAGE : butiksihatcomel   FACEBOOK : Aizah Azlem

atau boleh buat pembelian online di sini :- 

klik di sini Panduan mudah untuk Pembelian Secara Online

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online – See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/2014/07/panduan-mudah-untuk-pelanggan-membuat.html#sthash.fjrAMqTz.dpufP

Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.

Disclaimer  :  Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge